Rabu, 4 November 2009

Tentang Kelab Sukan & Kebajikan JKR Malaysia Cawangan Negeri Sembilan



Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Cawangan Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada Januari, 1992 setelah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan pendapat pertubuhan dengan No.Pendaftaran: 915/92 ( N.Sembilan ) dengan matlamat berikut :-

  1. Memaju dan menggalakkan sukan, kebajikan dan lain-lain permainan atau kegemaran yang di fikirkan oleh Jawatankuasa munasabah dan patut di kehendaki bagi ahli-ahli kelab.
  2. Mengadakan satu tabung kebajikan bagi kepentingan ahli-ahli dan keluarga seperti pendahuluan untukmembeli buku-buku teks, kematian dan lain-lain yang di fikirkan perlu dan berpatutan oleh Jawatankuasa dengan syarat undang-undang kecil mengenai tabung kebajikan ini hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.
  3. Mengadakan padang-padang permainan gelanggang-gelanggang dan alat-alat bagi pergerakan tersebut dalam 2 (1) dan menyelenggarakanya bagi faedah Ahli Kelab.
  4. Mengadakan bangunan KELAB dan lain-lain kemudahan serta menyelenggarakanya untuk kegunaan ahli-ahli.
  5. Membeli, menyewa atau dengan apa daya untuk mengadakan alat-alat yang difikirkan mustahak bagi kebaikan perjalanan kelab.
  6. Membeli, menjual atau memperniagakan minuman-minuman dan makanan seperti di kehendaki pada masa tertentu, mengikut undang-undang kerajaan dan semua wang dan keuntungan yang di dapati oleh kelab ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab ini.
  7. Menganjur dan mengadakan dengan bersendirian atau dengan gabungan badan-badan lain yang halal, kelab-kelab atau perseorangan, perjumpaan-perjumpaan, pertandingan-pertandingan dan perlawanan-perlawanan dan mengeluar, memberi hadiah-hadiah atau cenderamata dan menganjurkan lakonan pentas dan lain-lain hiburan yang tidak bertentangan dengan nilai ketimuran dan Islam.
  8. Menganjur, menolong dan mengukuhkan pendirian mana-mana perbadanan halal atau kelab-kelab berdaftar yang bertujuan sama dengan KELAB ini dan bergabung dengan perbadanan-perbadanan atau kelab tersebut.
  9. Menolong dan memberi bantuan kepada tabung-tabung derma amal ( charity ) mengikut ketetapan jawatankuasa.


Sehingga ini Kelab sukan & kebajikan JKR Cawangan Negeri Sembilan sedang giat berjalan dengan perbagai aktiviti bagi kepentingan ahli-ahli kelab disamping bergabung di bawah Majlis Sukan JKR Negeri Sembilan sebagai Badan Induknya.Dengan keahlian seramai 2 orang, Kelab sukan & Kebajikan JKR Negeri Sembilan yang di terajui oleh Jurutera Daerah JKR Negeri Sembilan selaku Yang Di Pertuanya dan di bantu oleh Ahli Jawatankuasa Kelab dan sosial/ Pendidikan untuk memprogramkan sambil menggerakkan aktiviti-aktiviti Kelab